As salam.
Hari ni cuti sempena Hari Pertabalan Yang Dipertuan Agung.
Aku dan plan dari semalan, habaq kat anak-anak nak pi Market, Bukit Mertajam.
Afiq dan Nadia nak ikut. Pagi aku bangun untuk solat Suboh dan kejut anak-anak. Afiq buat hal, tak mau
ikut pasal nak sambung tidoq, aku pi dengan Nadia......Shoping ikan, udang, sotong, ayam dan sayur.
Lepas tu kami breakfast kat kedai kesukaan aku dekat market.
Petang lepas solat asar, aku keluar lagi dengan Nadia ke Seberang Jaya dengan tujuan untuk ke kedai Tudung Balqis, nak pi hantar tudong untuk di repair...Tapi kedai tu tutop pulak.
Kami masuk ke Billion, beli baju tidoq dan roti untuk Afiq. Lepas tu aku drive ke arah Permatang Pauh, nak pi area bendang-bendang kat situ, nak cari pokok kiambang, nak bubuh dalam kolam ikan Alif.....
Balek rumah dapat berita pasal gegaran di Aceh dan arahan berjaga-jaga Tsunami....
Ya, Allah, kami mohon perlindungan dariMu, lindungi lah kami....dari sebarang mara bahaya...Amin....